Jumaat, 7 Ogos 2009

ADAKAH KITA SEBENARNYA …….

Lebih gembira menyambut 1 Januari
daripada 1 Muharram

Lebih tahu apa itu 14 Februari ( Hari Kekasih )
daripada 12 Rabiulawal ( Hari Kelahiran kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW )

Lebih membesarkan hari Sabtu & Ahad
daripada Hari Jumaat

Lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar Azan

Lebih suka lepak tengok TV
daripada Solat

Lebih tahu tentang artis pujaan
daripada alim ulama’ atau para Nabi Allah SWT

Lebih suka menyebut Hello…! Hai…!
daripada Assalamualaikum

Lebih suka menyanyi atau berhibur
daripada membaca Al-Quran dan berwirid

Lebih suka memuji manusia
daripada memuji Pencipta kita sendiri

Lebih suka membaca majalah hiburan
daripada buku-buku agama

Lebih suka bangun malam ke tandas
daripada bangun malam ( Qiamullail )

Lebih suka ke konsert / kedai makan
daripada mengikuti Ceramah Agama

Lebih suka memaki, mengumpat orang
daripada menghargai mereka

Lebih suka menyimpan duit di Bank
daripada membelanjakannya ke jalan Allah

Lebih cintakan urusan dunia
daripada urusan Akhirat

Tetapi bila orang bertanya arah tujuan hidup kita, kita pasti akan menjawab :-

KITA SEBENARNYA ….
Lebih suka menuju ke syurga daripada ke neraka.

Layakkah kita dengan syurga milik Allah SWT yang Maha Agung itu ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan